
Alhamdulillah Soutul Huffaz MTAQ sekali lagi merangkul gelaran juara apabila memenangi tempat pertama Pertandingan Nasyid Lelaki Peringkat Akhir MASSAK 2023.
Dewan PUTIK Pengkalan Chepa menjadi saksi betapa sengitnya pertandingan hari ini apabila Soutul Huffaz mendapat markah 89% mendahului pesaingnya terdekat hanya beberapa mata iaitu Soutul Muhammadi dengan markah 87.5%.
Tahniah kepada coach nasyid kita Ustaz Mohd Fakhruddin Zurajali dan Soutul Huffaz atas usaha gigih selama ini sekaligus merangkul gelaran juara.
Berikut merupakan keputusan Nasyid Akhir MASSAK:
🥇 89% Soutul Huffaz
🥈 87.5% Soutul Muhammadi
🥉 87% arRifae MSTG
🏅 Anugerah Sususan Muzik Terbaik: Soutul Huffaz
🏅 Anugerah Solo Terbaik: Ijmal MSTG
🏅 Anugerah Lirik Terbaik: Soutul Muhammadi
🏅 Anugerah Lagu Terbaik: Soutul Huffaz
🏅 Anugerah Persembahan Terbaik: Soutul Muhammadi
🏅 Anugerah Busana Terbaik: Siraj Rijalul Ghaddi MPI
