MTAQ telah dikunjungi oleh warga Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah, Baling, Kedah yang mengadakan Lawatan Sambil Belajar seramai 15 orang guru pengiring, 6 orang fasilitator dan 109 orang pelajar.
Lawatan ini adalah untuk memberi suntikan semangat kepada pelajar maahad tahfiz agar lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita menghafal 30 juzuk Al-Quran dan menjadi huffaz yang cemerlang.
Moga dengan kunjungan ini dapat merealisasikan apa yang dihajati dan mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah antara MTAQ dan pihak Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah.
