Badan Badan Dakwah dan Kepimpinan Pelajar MTAQ telah menyusun satu program Mahabbah Rasul di peringkat sekolah bagi memberi suntikan semangat dan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ dan al-Quran al-Karim.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan maulidur rasul, bacaan qasidah dan ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Mohamed Khairudin bin Mohamed Alwi, mudir Madrasah Ihya’ Ulumuddin, Selising, Pasir Puteh.
Semoga kecintaan kepada Nabi Muhammad ﷺ dizahirkan melalui perbuatan kita dengan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sehingga ke akhir hayat, bukan sekadar hanya dengan semangat semata-mata.
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” [Riwayat Malik (1594)]
