MAJLIS EIDUL QURRA’ 2023

Buat julung-julung kalinya, MTAQ telah mengadakan Majlis Eidul Qurra’ kepada huffaz yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juz.

Peserta yang terlibat Eidul Qurra’ kali ini adalah seramai 45 orang pelajar. 29 orang daripada tingkatan lima, 15 orang daripada tingkatan empat dan seorang daripada tingkatan dua.

Majlis turut menyampaikan sijil Ijazah Sanad Matan Tuhfatul Atfal dan Manzumah Al-Jazariah kepada peserta yang terlibat dalam kursus yang dikendalikan oleh Fadhilatul Syeikh Ahmed Abdullah Al-Ramadi.

Majlis telah disempurnakan dengan perasmian dan penyampaian sijil oleh Tuan Haji Sukeri bin Hussin, Timbalan Pengarah (Kenaziran) Yayasan Islam Kelantan.

Diucapkan jutaan terima kasih kepada para Pentadbir, AJK Pelaksana Eidul Qurra’, Guru dan Staf, Ibu Bapa yang sudi hadir bersama dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kali ini secara langsung ataupun tak langsung.

Semoga dengan adanya Majlis Eidul Qurra’ yang julung kali diadakan ini dapat diteruskan lagi pada tahun mendatang dan ianya dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar lain dalam berusaha menghafaz dan murajaah Al-Quran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top