PENGENALAN MTAQ

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong, Machang, Kelantan merupakan sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). MTAQ menggabungkan tiga kurikulum bersepadu iaitu Kurikulum Al-Quran dan Qiraat mengikut sukatan pelajaran Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir, Kurikulum Arab & Agama mengikut sukatan pelajaran Maahad Bo’uth Al-Azhar Mesir dan Kurikulum Akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif Penubuhan MTAQ

Objektif utama penubuhan MTAQ adalah untuk menyediakan kemudahan mengkaji  dan mempelajari Ulum Al-Quran dan Qiraat bagi melahirkan ulama yang mampu:

  1. Memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
  2. Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
  3. Membaca Al-Quran dengan pelbagai wajah bacaan dari Qiraat Tujuh Toriq Al-Syatibiyyah serta mahir Ilmu-ilmu Tajwid.
  4. Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah S.W.T dan berakhlak mulia.
  5. Mewarisi kepimpinan negara dan memandu masyarakat ke arah Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafuur (Negara Makmur Yang Diredhai Allah).

Visi MTAQ

Melahirkan Qurra’ yang berketerampilan unggul.

Misi MTAQ

Melahirkan Huffaz yang mahir ilmu-ilmu Al-Quran, beramal, bertakwa serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.

MOTO

Hafazan Al-Quran Menjana Kegemilangan

Scroll to Top