MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

Persatuan Ibubapa dan Guru MTAQ telah mengadakan Mesyuarat PIBG Kali ke – 20 yang bertempat di Dewan Tok Guru MTAQ.

Mesyuarat kali ini telah membuat pemilihan AJK baru bagi sesi 2023-2025 dengan melantik 5 orang AJK PIBG dan mengekalkan jawatan YDP iaitu YB Ahmad Fadhli Bin Shaari dan TYDP iaitu Haji Nik Mahadi.

Turut serta merasmikan mesyuarat kali ini ialah Encik Raja Mahadi bin Raja Ahmad, Penolong Pengarah (Kenaziran) YIK sekaligus menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang pada peperiksaan yang lepas.

Seterusnya YDP PIBG menyerahkan replika kunci sebagai gimik penyerahan van sekolah dan replika cek sebagai sumbangan untuk pembinaan dewan terbuka kepada pihak sekolah.

Sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan untuk menjayakan lagi pembinaan dewan ini. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:

03030001753713

Bank Muamalat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top